Thursday 22 September 2011

seorang budiman yang dulunya hidup zaman pertengahan merasakan hidupnya sudah seperti syurga dunia yang dikelilingi keperluan yang mencukupi dan kemahuan yang dapat dipenuhi. Sehari-hari hidupnya ditemani dengan kegembiraan yang tiada kesudahannya malah tiada rasa susah yang mengganggunya. Adakalanya si budiman ini keluar memburu penghuni hutan iaitu mergastua untuk mengisi masa lapang yang terluang. Pada suatu hari, kecelakaan menimpanya ketika keluar berburu, baginya hari itu seumpama kiamat sudah datang walhal si budiman ini hanya jatuh daripada haiwan tunggangannya.

hasil daripada kejatuhan tersebut, dia menerima berita kurang menyenangkan iaitu kaki kanannya patah menurut pak dukun di kampung halamannya. kehidupannya turut berubah sehinggakan tiada lagi baginya rasa girang dan riang seperti sebelumnya. Hal ini seumpama dia memasuki sebuah bilik gelap gelita yang dipenuhi barang2 berbahaya di atas lantai.siang malam silih berganti walaupun tiada sebarang berita yang mampu membuat si budiman tersengih kegembiraan. dipendekkan cerita, kampung halamannya dilanda peperangan. oleh itu, para pemuda di kampungnya dikerahkan untuk mempertahankan kampung halaman. memandangkan si budiman ini cacat dan tak mampu untuk meneruskan perjuangan , dia terkecuali daripada menghadirkan diri daripada barisan peperangan tersebut.

Baginya, ini sudah memadai baginya untuk meneruskan kehidupan tanpa sebarang kesusahan. Jodoh yang ditunggu2 sdh tiba dan kini dia sdh mempunyai tiga orang zuriat yang sihat2 belaka. kegembiraan ini tdak berakhir begitu sahaja apabila kakinya sembuh seperti sediakala. justeru itu, si budiman ini terfikir bahawa dia telah menyalahkan qada' dan qadar semasa menimpa kecelakaan dahulunya. akhirnya, dia mendapat nikmat yang begitu banyak sedangkan masih banyak orang terpaksa bersusah payah. si budiman belajar bersyukur dan mempercayai bahawa perjalanan hidup bkan kita yang tentukan walaupun kita yang membuat pilihan. seperti kehadiran pokok hujan x semestinya hujan akan trun, mungkin awan akan membawanya ke tempat yang lbh memerlukan.

namun, alasan bkanlah jln terpintas untuk mngelakkn diri dr pergi berperang tuk memperjuangkan sesuatu yg sdah termaktub sbgai milik kta. renung2kan dan selamat beramal. jgnlah anggap kecelakaan yang menimpa sesuatu yg membebankan sdangkan ia sebagi guru menddk menjdi insan yg lebh cekal.

No comments:

Post a Comment