seterusnya, apa yang ingin saya perkatakan dan bahaskan adalah berkaitan tentang pendidikan, instruksi, pengajaran, pembelajaran, teknologi dan penaksiran. Agak mengelirukan sekiranya kta tidak mengetahui definisi sesuatu sebelum meneruskan ke langkah yang seterusnya dan ke pengakhiran.
bagi perkataan pendidikan yang sering disebut-sbut membawa erti proses berhubung kait dengan pengajaran dan pembelajaran samada formal mahupun tidak. pengajaran pula membawa maksud tempoh waktu belajar terancang yang dihadiri oleh murid dan digerakkan oleh bantuan dan kaedah yang diterapkan oleh guru.
Definisi pembelajaran ialah kaedah pengajaran yang dilaksanakan oleh guru dalam waktu pengajaran dalam menyemai benih ilmu pada generasi yang baru dan ingin memiliki ilmu. manakala teknologi merupakan alat yang membantu manusia dalam menyelesaikan tugasan mahupun kehidupan harian. Penaksiran pula adalah proses mengumpul maklumat pelajar tentang apa yang pelajar tahu dan mampu lakukan. Proses untuk memudahkan pembelajaran untuk mencapai objektif samada melalui guru atau cara lain adalah erti kepada instruksi.
hubungkait antara perihal pendidikan dengan tindakan pengajaran dan proses pembelajaran mewujudkan satu sisem yang terancang. malah, arahan(intruksi) dapat mewujudkan tindakan yang seterusnya mencapai matlamat. Melalui bantuan teknologi, kemudahan alatan membantu proses penaksiran dan sistem pendidikan.
sekian...
No comments:
Post a Comment